Sunday, September 9, 2007

About Hijjaz Records

LATAR BELAKANG SYARIKAT HIJJAZ RECORDS

Hijjaz Records Sdn. Bhd. (574767-U) (HRSB) telah ditubuhkan pada 23 Mac 2003 di bawah Akta Syarikat 1956 dan beroperasi di alamat 42A, Jalan PJU 5/9, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Syarikat ini diterajui oleh empat orang Ahli Lembaga Pengarah di mana tiga orang di antaranya ialah anggota Hijjaz sendiri.

Aktiviti utama HRSB ialah penerbitan produk-produk hiburan berkonsepkan irama nasyid kontemporari, perkhidmatan persembahan pentas, pengedaran album-album nasyid, penerbitan buku dan khidmat percetakan bahan-bahan promosi seperti poster, banner, bunting dan flyers. Artis-artis yang bernaung di bawah HRSB ialah Hijjaz, UNIC, Mestica, Aeman, Suhaimi, Amar dan Diana Naim.

Sehingga kini, HRSB telah menerbitkan lebih 50 judul album berbentuk kaset, CD, VCD dan MTV Karaoke untuk pasaran tempatan, Singapura, Brunei dan Indonesia. HRSB juga sering bekerjasama dengan syarikat-syarikat rakaman antarabangsa yang lain dan dikenali sebagai sebuah syarikat yang aktif menyumbang di dalam industri hiburan tanahair khususnya irama nasyid. HRSB juga turut bekerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat korporat di dalam penganjuran persembahan pentas. Antaranya ialah projek Konsert Tautan Kasih dan Pengisytiharan Majlis Perbandaran Kota Bharu dengan kerajaan negeri Kelantan bersama artis-artis seperti Rabbani, Mestica dan Mawi.



For more information about Hijjaz Group please click http://www.hijjaz.com.my/