Sunday, September 9, 2007

About Hijjaz Records

LATAR BELAKANG SYARIKAT HIJJAZ RECORDS

Hijjaz Records Sdn. Bhd. (574767-U) (HRSB) telah ditubuhkan pada 23 Mac 2003 di bawah Akta Syarikat 1956 dan beroperasi di alamat 42A, Jalan PJU 5/9, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Syarikat ini diterajui oleh empat orang Ahli Lembaga Pengarah di mana tiga orang di antaranya ialah anggota Hijjaz sendiri.

Aktiviti utama HRSB ialah penerbitan produk-produk hiburan berkonsepkan irama nasyid kontemporari, perkhidmatan persembahan pentas, pengedaran album-album nasyid, penerbitan buku dan khidmat percetakan bahan-bahan promosi seperti poster, banner, bunting dan flyers. Artis-artis yang bernaung di bawah HRSB ialah Hijjaz, UNIC, Mestica, Aeman, Suhaimi, Amar dan Diana Naim.

Sehingga kini, HRSB telah menerbitkan lebih 50 judul album berbentuk kaset, CD, VCD dan MTV Karaoke untuk pasaran tempatan, Singapura, Brunei dan Indonesia. HRSB juga sering bekerjasama dengan syarikat-syarikat rakaman antarabangsa yang lain dan dikenali sebagai sebuah syarikat yang aktif menyumbang di dalam industri hiburan tanahair khususnya irama nasyid. HRSB juga turut bekerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat korporat di dalam penganjuran persembahan pentas. Antaranya ialah projek Konsert Tautan Kasih dan Pengisytiharan Majlis Perbandaran Kota Bharu dengan kerajaan negeri Kelantan bersama artis-artis seperti Rabbani, Mestica dan Mawi.



For more information about Hijjaz Group please click http://www.hijjaz.com.my/

8 comments:

Ibnu Nawi Al- Yamani said...

assalamualaikum nak tnya mcm mana nak contack artis di bawah naungan HRSB dan kalu blh nak tnya mcm mana nak jadi artis nasyid di bawah naugan HRSB

Firdaus said...

assalamualaikum,
nak tanya satu soalan:
bolehkah pendengar menghayati isi dakwah hijjaz tanpa membeli produknya?

linahilmin said...

assalammualaikum. saya membaca tentang cd surah2 pilihan ibu mengandung di akhbar. saya minta izin ye, letakkan gambar cd tersebut di blog saya. Insyaallah, saya akan dapatkan cd tersebut. tak sabar!terima kasih.

cik kiahhh said...

assalamualaikum
sy peminat setia kumpulan hijjaz dan artis naungannya..
tahniah saya ucapkan kpd HRSB krn byk melahirkan artis2 nasyid.
semoga bertambah maju..
Insya Allah..

cik kiahhh said...

assalamualaikum
sy peminat setia kumpulan hijjaz dan artis naungannya..
tahniah saya ucapkan kpd HRSB krn byk melahirkan artis2 nasyid.
semoga bertambah maju..
Insya Allah..

nur iman said...

Salam. Saya ada terdengar/terbaca tentang pakej umrah yang dikendalikan oleh kump. Hijjaz. Benarkah? Jika ya, saya ingin tahu dengan lebih lanjut lagi.Tqvm.

Yaqzan Yazed said...

Salam.ana peminat setia nasyid.bagaimana ingin membuka syarikat spt hijaz n menjadi artiz di bawah naungan hijaz??

zafermacchi said...

Casino Review 2021 - Get your €300 FREE Welcome Bonus
Casino Casino review 2021 ➤ We look at the bonuses, games, banking, security, games, pci 슬롯 live dealers, and more. Rating: 4.8 · ‎Review by CasinoOnlineWhy should I 서산 휴게텔 play at a casino with a $300 게임 종류 welcome bonus?Is there 부산건마 a casino for 검증사이트목록 Canadians?